hari ni aku berpuasa nazar.syukur atas keputusan cemerlang untuk final year project ku.Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar.syukur ya Allah.tekak ni teringin plak nk bukak puasa dengan lepat liat.
sebenarnya sejak akhir2 ni aku teringatkan arwah nenekku yg pernah mengajarku cara - cara membuat lepat liat.tapi aku dah lupa.yela.jadi observer je.mana tak lupa kan??haa..syukur aku masih ada mak yg ingat2 lupa jgak nk wat lepat liat.so kitorang main2 tepung arini..hahaha.cam geli je kan..hehe..so inilah hasilnya..tadaa..
ok.kat sini aku nk tulis resepi.hasil dari ciptaan cuba jaya mak aku.hihi..sapa2 nak try pon boleh.xsalah.ilmu Allah kan.satu je nk pesan.before buat tu bacalah basmallah dan gunakanlah bahan2 dan peralatan yang bersih.make sure diri kita ni pon dalam keadaan bersih.barulah semua makanan yang kita masak is halalan toyyiba..xgitu..hehe..ok.lets check this out!!
Resepi : Lepat Liat Cik Ilah
Sumber : Pn Salehah Saleh
Inspirasi : Allahyarhamah Hjh Aishah Hj Abd Rahman
Bahan2
Tepung pulut (2 cawan)
Gula putih (5 sudu besar)
Kelapa parut (separuh)
Santan kelapa (1 cawan)
Daun pisang yang dilayurkan (bergantung pada anggaran lepat liat yang nk dihasilkan)
Sedikit minyak masak/marjerin
Cara2
1) Gula putih itu dilarutkan bersama santan di atas api kecil hingga larut.
2) Sejukkan sebentar bagi mengelakkan ia berketul.
3) Uli tepung pulut bersama air gula + santan yang disejukkan tadi.
4) Pastikan adunan berbentuk kenyal.
5)Bentukkan adunan berbentuk bulat atau memanjang.
6) Bentukkan "lopak" dalam doh bulat/panjang tadi
7) Masukkan kelapa parut dan tutup lopak tadi.pastikan kelapa parut tadi habis ditutupi oleh kulit doh.
8) Lenserkan daun pisang tadi dengan minyak masak/marjerin
9) Letakkan doh tadi dalam daun pisang.Lipat dan bungkuskan
10) Sedia untuk di kukus.(Kukus selama 15 - 20 minit.)
p/s : nila gambar lepas di "deco".bru cuba2.hihi..rasanya sedap and lemak manis sbb letak santan dan tak
masukkan air.kalo nk letak gula merah/melaka pon bley.colornya jadi merahlah.tp replace with gula putih tu.mak aku ckp kalo nk cantik letak air daun pandan.colornya jadila warna hijau..hehe..
salam hari jumaat dan selamat mencuba!! :)
No comments:
Post a Comment