November 23, 2011

_ SomeOne Like You_


Lagu ni ada kaitan aku dengan seseorang.bukan si dia.
tapi seseorang yang telah melupakan aku saat 
dia telah menemui kebahagiaan dalam hidupnya.
Apapun aku tetap gembira untuk dia.
Sebagai sahabat,aku ucapkan selamat berbahagia.
Walau kau tak utus kad undangan kelak,
Aku tahu kau punya alasan untuk itu.
Aku mengerti kerana aku tetap menganggapmu sahabatku
aku tetap mendoakanmu sentiasa beroleh barakah dari Allah s.w.t..
Amin :)

p/s : kadangkala hati tidak cukup kuat untuk menyumpah seranah orang yang pernah beraja dihati kita..

Doaku [=_=]

 Assalamualaikum..

Ini hanyalah luahan aku..sebelum proceed untuk buat extra literature review on FYP.
Perjalanan hidup setiap manusia tidak sama.termasuklah aku.
lahir dalam keluarga sederhana
pelbagai rintangan terpaksa aku lalui tambahan pula aku penghidap psoriasis.
hidup aku waktu kecil tidak selalunya indah.banyak pantang larang dari emak lantaran penyakitku.
tidak boleh makan itu.ini.main itu.ini.
tapi aku faham
mak sayangkan aku.
aku tak boleh stress,kata doktor
jadi adik - adikku sedaya upaya untuk tidak sakitkan hatiku
abah dan mak sedaya upaya untuk tidak buat aku susah hati.
ya Allah,sessungguhnya aku beruntung punya insan yg memahamiku.
Alhamdulillah,setakat ini penyakitku berulang sebanyak 5 kali dan ianya tidak kekal
Orang sekeliling tidak pernah tahu yang aku ni sakit kerana perawakanku yang sihat.

Kali pertama : semasa berusia 9thn
Kali kedua : semasa berusia 17 thn
Kali ketiga : semasa berusia 19 thn
Kali keempat : semasa berusia 21 thn
Kali kelima : semasa berusia 23 thn

Sekarang,lg sebulan lebih aku akan memasuki usia 24 thn.Aku harap fasa hidupku akan berjalan lancar hingga
ke akhir hayat.Aku tidak mahu lagi sakit.Aku rasakan serangan kali ke 5 cukup hebat.
Aku didianogsis bakal menghidap psoriasis athritis.yakni bermaksud akan memberi kesan kepada sendiku.
Keberangkalian itu tetap ada kerana pada serangan kali ke - 5 aku tidak dapat melakukan rutin harian dengan sendiri.Aku memerlukan bantuan orang lain.Terutamanya mak.Terima kasih mak.Dengan izin Allah,tanpa mak,akak tak kan ada kekuatan untuk terus memperjuangkan hidup akak. Kesulitan yang aku hadapi adalah aku tidak dapat menggunakan tandas biasa tapi menggunakan tandas duduk.Aku tak dapat mencangkung.
Aku tidak dapat rukuk langsung kerana kulit mengelupas dan sendiku mengejang.ya Allah,hanya Kau yang maha mengetahui perasaanku tika itu.Apa yang terdaya aku hanya mampu solat dengan berbaring di atas katil.Bila kesihatan ku makin pulih.sendi - sendiku mula menyerang.jariku keras.betisku keras dan membesar seperti kaki gajah.kata doktor kakiku masuk angin.bila dicubit tidak terasa apa - apa.
MasyaAllah,besarnya dugaanMU Ya Allah.
Semester lepas,aku gagahi juga biarpun aku terpaksa melupakan FYP seketika.Aku tidak berupaya berinteraksi dengan klien.syukur pointer aku naik walaupun lebih 2 bulan aku tidak ke kelas.
Ya Allah,untuk semester ini aku mohon agar diberi kekuatan selalu untuk menyudahkan amanah ke atasku.
Untuk aku menghadiahkan ini untuk kedua orang tuaku.
Segaris senyuman mereka adalah kebanggaanku.

Ya Allah,doaku pada pagi khamis yang indah ini..
sumber - google

"Ambillah aku disaat aku belum pernah menyakitkan hati orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu
ada dendam di hati mereka.Kau ambillah nyawaku di saat sebelum orang yang aku sayang menyakiti diriku..
Berikanlah syurga yang tertinggi untuk kedua iba bapaku lantaran kesabaran mereka meladeni ku..Berikanlah rahmat dan kasih sayang Mu buat adik - adik yang ku cintai.Dan andai "sidia" itu mencintaiku keranaMu ya Allah maka kau berikanlah ganti diriku untuknya yang lebih baik daripadaku.Amin.."

untuk semua yang pernah menyayangi diri ini.
yang pernah mencintai diri ini tanpa penat lelah.
terima kasih.
ini untuk kamu..

ku pilih ros hitam sebagai lambang kehidupan kita di dunia ini

November 1, 2011

Im not book dropper machine!!

Assalamualaikum..

Hari ini tergerak lagi aku nak taip entri dlm suasana hujan lebat.motip??blog ni kan umpama diari aku.so,ni la tempat aku lepas stress.dats y aku letak link fb,twitter ape sume bagai.so kengkawan xley trace.bukan sbb aku ni penakot or whatsover but aku ni xnak cari gaduh.biarlah aku luahkan semua rasa sakit hati dan geram ya AMAT ni kat sini.kalo ade kengkawan aku yg terbaca dan tersakit hati,aku mintak mahap.tp ni blog aku,suka ati akula nk tulis apa!!

Sebab apa title entri aku mcm kt atas??

sebab wadefak binti wadehel dtg bilik aku.dahla asek pinjam brg aku selang sehari je.pastu xreti2 nk pulangkan.bila aku bising bru bg balik.dan terlatest maghrib td...
bley plak si wadefak ni ngan bff die si minachi ni dtg.bagi buku2 yg dorg pinjam kt library.suro aku tolong pulangkan.abes tu ko kat bilik ko watpe.esok due date aku nk tolong pulangkan.kalo satu xpe.ni 5!!5 hokay..kalo 5 buah buku nipis aku xdehal.ni 5 buku yg tebal.mcm ni la aku nak angkut gi library esok.
mcm ni la ghupe aku esok kalo aku baek hati!!
mmg vavi betolla.aku soundla lbey kurang mcm nila ayatnye..

aku : pesal xanta je td?
wadefak : ktorg xkuar la td..huhu..xsempat
aku : dalam hati (wadehel mak lu).anta jela skrg library bukak lg.
minachi : library tutop time maghrib2 ni.ktorng nk blk kg dh.xsempat la kak ***
wadefak : ade satu lagi buku kat atas.tolong eh.nnt roomate org kasi kt kak ***
aku : tgkla cmne.kalo sempat aku hanta.kalo x,abes cuti mid term korg g anta sendiri.
wadefak : ???

pastu dorang pon blah.aku ni panas tahap gunung berapi.apa lg.cepat2 nk g amek ayaq semayang.bg cool blk.tetibe xsmpai lima minit roomate dia turun dah bawak buku tbal cap gabai ni antaq kat aku.ingt aku ni bookdrop ka?memang nak kena makila.

kalo suhu angry heart aku ni turun esok n aku rajin aku antarkan.kalo x,korg byar la denda.bodoh punya olang!mase time free xnak anta.baik mati cepat.sia2 je mak ayah ko lahirkan ko.xreti berdikari lasum!!!

 p/s :aku mintak maap kalo tulisan aku kali ni agak kasar bahasa.