November 23, 2011

Doaku [=_=]

 Assalamualaikum..

Ini hanyalah luahan aku..sebelum proceed untuk buat extra literature review on FYP.
Perjalanan hidup setiap manusia tidak sama.termasuklah aku.
lahir dalam keluarga sederhana
pelbagai rintangan terpaksa aku lalui tambahan pula aku penghidap psoriasis.
hidup aku waktu kecil tidak selalunya indah.banyak pantang larang dari emak lantaran penyakitku.
tidak boleh makan itu.ini.main itu.ini.
tapi aku faham
mak sayangkan aku.
aku tak boleh stress,kata doktor
jadi adik - adikku sedaya upaya untuk tidak sakitkan hatiku
abah dan mak sedaya upaya untuk tidak buat aku susah hati.
ya Allah,sessungguhnya aku beruntung punya insan yg memahamiku.
Alhamdulillah,setakat ini penyakitku berulang sebanyak 5 kali dan ianya tidak kekal
Orang sekeliling tidak pernah tahu yang aku ni sakit kerana perawakanku yang sihat.

Kali pertama : semasa berusia 9thn
Kali kedua : semasa berusia 17 thn
Kali ketiga : semasa berusia 19 thn
Kali keempat : semasa berusia 21 thn
Kali kelima : semasa berusia 23 thn

Sekarang,lg sebulan lebih aku akan memasuki usia 24 thn.Aku harap fasa hidupku akan berjalan lancar hingga
ke akhir hayat.Aku tidak mahu lagi sakit.Aku rasakan serangan kali ke 5 cukup hebat.
Aku didianogsis bakal menghidap psoriasis athritis.yakni bermaksud akan memberi kesan kepada sendiku.
Keberangkalian itu tetap ada kerana pada serangan kali ke - 5 aku tidak dapat melakukan rutin harian dengan sendiri.Aku memerlukan bantuan orang lain.Terutamanya mak.Terima kasih mak.Dengan izin Allah,tanpa mak,akak tak kan ada kekuatan untuk terus memperjuangkan hidup akak. Kesulitan yang aku hadapi adalah aku tidak dapat menggunakan tandas biasa tapi menggunakan tandas duduk.Aku tak dapat mencangkung.
Aku tidak dapat rukuk langsung kerana kulit mengelupas dan sendiku mengejang.ya Allah,hanya Kau yang maha mengetahui perasaanku tika itu.Apa yang terdaya aku hanya mampu solat dengan berbaring di atas katil.Bila kesihatan ku makin pulih.sendi - sendiku mula menyerang.jariku keras.betisku keras dan membesar seperti kaki gajah.kata doktor kakiku masuk angin.bila dicubit tidak terasa apa - apa.
MasyaAllah,besarnya dugaanMU Ya Allah.
Semester lepas,aku gagahi juga biarpun aku terpaksa melupakan FYP seketika.Aku tidak berupaya berinteraksi dengan klien.syukur pointer aku naik walaupun lebih 2 bulan aku tidak ke kelas.
Ya Allah,untuk semester ini aku mohon agar diberi kekuatan selalu untuk menyudahkan amanah ke atasku.
Untuk aku menghadiahkan ini untuk kedua orang tuaku.
Segaris senyuman mereka adalah kebanggaanku.

Ya Allah,doaku pada pagi khamis yang indah ini..
sumber - google

"Ambillah aku disaat aku belum pernah menyakitkan hati orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu
ada dendam di hati mereka.Kau ambillah nyawaku di saat sebelum orang yang aku sayang menyakiti diriku..
Berikanlah syurga yang tertinggi untuk kedua iba bapaku lantaran kesabaran mereka meladeni ku..Berikanlah rahmat dan kasih sayang Mu buat adik - adik yang ku cintai.Dan andai "sidia" itu mencintaiku keranaMu ya Allah maka kau berikanlah ganti diriku untuknya yang lebih baik daripadaku.Amin.."

untuk semua yang pernah menyayangi diri ini.
yang pernah mencintai diri ini tanpa penat lelah.
terima kasih.
ini untuk kamu..

ku pilih ros hitam sebagai lambang kehidupan kita di dunia ini

No comments:

Post a Comment